I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 6 March 2011

MAULIDURRASUL 1432H

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1432H
            
               Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi kita sama-sama dapat meraikan sambutan Maulidurrasul 1432H yang berlangsung pada  12 Rabiulawal  1432H  bersamaan 15 Februari 2011, Selasa di Dataran Bandar Sibu yang disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berhormat Dato’ Awang Bemee Awg Ali Basah. Bagi warga Kampung Bahagia Jaya Teku juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama menyertai perarakan yang melibatkan lebih kurang 80 orang peserta terdiri daripada golongan dewasa, belia dan juga kanak-kanak yang turut mengambil bahagian dalam perarakan. Ini menunjukkan semangat kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.  Selain itu juga Kampung Bahagia  Jaya Teku Sibu telah mendapat tempat pertama dalam kategori C. Tahniah diucapkan. Bagi pihak  JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku Fasa II merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih diatas segala kerjasama yang telah diberikan khususnya Jawatankuasa Masjid Darul Halim, Rukun Tertangga, Jawatankuasa kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK)   Fasa I dan Fasa III.

Ke Arah Insan Harmoni

Saturday, 5 March 2011

MAKLUMAT ASAS

PARLIMEN
P.212 SIBU
AHLI PARLIMEN
YB ENCIK WONG HO LENG
DUN
N. 48 PELAWAN
AHLI DUN
YB ENCIK VINCENT GOH CHUNG SIONG

PEGAWAI RESIDEN   
ENCIK SIM KOK KEE
PEGAWAI DAERAH
ENCIK WONG SEE MENG
KATEGORI KETUA KAMPUNG
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN
KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK)
NAMA PENGERUSI JKKK
ENCIK ISMAIL BIN AMIR


AJK JKKK FASA II

AHLI JAWATANKUASA  JKKK KAMPUNG BAHAGIA JAYA, TEKU FASA II (HARMONI) 2011

PENASIHAT
Zulkarnain Bin Ismail
PENGERUSI
Ismail Bin Amir
TIMBALAN PENGERUSI
Rusdi Bin Haji Sirad
SETIAUSAHA
Noor Faridah Binti Rusdi
PENOLONG SETIAUSAHA

BENDAHARI
Abdul Rahman Bin Mahdi
PENOLONG BENDAHARI
Tijah Binti Wahhid
BIRO KEMAJUAN INFRASTRUKTUR DAN PERHUBUNGAN
Abdullah Bin Haji Sepawi (Ketua)
Mohamad Bahar Bin Alli Ahmad
(Penolong)
BIRO KESELAMATAN DAN BENCANA
Raie Bin Tamgang  (Ketua)
Yusop Bin Basuni (Penolong)
BIRO PEMBANGUNAN EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
Rawi Bin Mek (Ketua)
Rawi Bin Plit (Penolong)
BIRO PEMBANGUNAN BELIA DAN HAL EHWAL WANITA
Hanipah Binti Bakir (Ketua)
Rabayah Binti Sabeli (Penolong)
BIRO PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA
Malisa Binti Tahir (Ketua)
Aznie Shahridah Binti Abdul Ajik
(Penolong)
BIRO KEBERSIHAN, KEINDAHAN DAN KESIHATAN
Morshidi Bin Junaide (Ketua)
Bolhassan Bin Bakir (Penolong
BIRO AGAMA, ADAT DAN KEBUDAYAAN
Haji Nawawi Bin Masi (Ketua)
Haji Sahni Bin Sham (Penolong)
BIRO SUKAN, SOSIAL DAN        KEBAJIKAN
Harrizan Bin Japot (Ketua)
Al-Hurhisham Bin Ahmad (Penolong)


Thursday, 3 March 2011

FUTSAL 2011

 
Laporan ini adalah berkenaan Pertandingan Futsal Tertutup Belia Kampung Bahagia Jaya, Teku yang dianjurkan oleh Biro Sukan, Sosial dan Kebajikan,Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung   Bahagia Jaya Teku Fasa II (Harmoni) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 1000.

Matlamat Utama Pertandingan
Melahirkan belia yang berketrampilan, berkeyakinan, bertanggungjawab dan  sentiasa bersedia menghulurkan sumbangan dan   semangat juang yang tinggi bagi menyahut cabaran yang semakin mencabar.

Objektif Pertandingan
1.      Mengeratkan tali silaturrahim antara penduduk kampung  terutamanya   golongan belia dengan pemimpin
2.      Menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan insan yang sihat dan   cerdas.
3.      Meningkatkan kemahiran dalam merancang dan mengurus sesuatu permainan.
4.      Memberi motovasi dan semangat kerjasama dalam sebuah pasukan.
5.      Mengasah dan membentuk bakat dan potensi belia dalam bidang sukan terutama  sukan futsal.


PENYERTAAN

BIL
NAMA PASUKAN
PENGURUS PASUKAN
1
BELIA F1
MAD
2
GOLD FISH
ZEFFDEN RINI
3
ALONG
JONI BIN WAN
4
ONE PIECE
SYAWALLUDDIN OMAR
5
CLAVOO
MOHD SYIRWAN
6
PREGIO
DAUS
7
DAZ MELON
MOHD SHAZWAN B ABD RAHIM
8
ZERO FC
MORNI BIN ABDULLAH
9
MACKIE FC
AMINUDDIN BIN OMAR
10
RELACK
MOHD NAZRIN BIN ABDULLAH
11
P.S F.C
ZAKARIA BIN ABRAN
12
BOLA KAMPUNG FC
SUFFIAN
13
FASA 2 (wakil JKKK Fasa II)
AL- NURRIZAM



 
Perasmian pertandingan diadakan:-

Pada 27 Februari 2011 ,(Ahad) Masa 8.00 pagi
Tempat di Gelanggang Pelbagai guna Belia dan Sukan Kampung Bahagia Jaya, Teku Sibu.
Tetamu Kehormat YB Encik Vincent Goh, Adun N48 Pelawan.


Keputusan Pertandingan

Pasukan Pregio merangkul Piala Super  Series JKKK Fasa II selepas menewaskan pasukan Fasa 2  2-0 pada perlawanan akhir. Dengan kemenangan itu pasukan Pregio membawa pulang Piala Super Series JKKK Fasa II, pingat, sebuah hamper dan wang tunai sebanyak RM150. Selaku naib juara, pasukan Fasa 2 menerima pingat, sebuah hamper dan wang tunai RM100.Tempat ketiga disandang oleh pasukan Clavoo yang membawa pulang pingat, hamper dan wang tunai RM50 dan tempat keempat iaitu pasukan Dazmelon masing-masing membawa pulang pingat. Empat pasukan lain yang berjaya melangkah ke suku akhir ialah One Piece, PS FC, Bola Kampung dan Gold Fish.Hadiah telah disampaikan kepada pemenang oleh Pengurus Syarikat Ieza, Petronas Servis Station, Encik Dahari Bin Jol.


PENUTUP


Secara keseluruhannya, Pertandingan Futsal Tertutup Belia kampung Bahagia Jaya ini berjalan dengan lancar dan telah mencapai objektif seperti yang disasarkan. Pihak JKKK Fasa II merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mana-mana pihak atau individu yang membantu sepanjang pertandingan dilaksanakan. Semoga semangat kerjasama dan perpaduan dalam diri diteruskan.



 Yb Vincent Goh bersama Pengerusi JKKK Fasa I & III, Pengerusi KRT serta Penasihat Pengelola Pertandingan 


Ucapan aluan Penasihat Pengelola Pertandingan

Yb Vincent Goh Adun N48 Pelawan memberi sedikit ucapan
Piala Pusingan, trofi beserta hamper yang menjadi rebutan setiap pasukan
Acara Sepak Mula oleh Yb Vincent Goh
Pemimpin Bersama Rakyat
Jamuan di Masjid Darul Halim
Wakil dari Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Awang Julaihi Awang Ali Borhan dan 
Puan Siti Sara bt Omar 
Penyokong setia Biro Pembangunan Belia dan hal Ehwal Wanita JKKK Fasa II
Pasukan Fasa II dan Jawatankuasa Pengelola
Tetamu VIP, En Dahari Bin Jol, Pengurus Syarikat Ieza turut menyaksikan perlawanan akhir
Pregio vs Fasa II perlawanan akhir
Pengurus Syarikat Ieza, Encik Dahiri Bin Jol
Juara, Pasukan Pregio
Naib Juara Pasukan Fasa II
Tempat ketiga Pasukan Clavoo
Pasukan Fasa II bersama Jawatankuasa Pengelola

Wednesday, 2 March 2011

TAHUN BARU CINA

         LAWATAN KUNJUNG MESRA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA KE RUMAH  Y.B. ENCIK VINCENT GOH, ADUN N48 PELAWAN

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bahagia Jaya Teku Sibu, Fasa II telah menganjurkan suatu lawatan kunjung mesra sempena perayaan Tahun Baru Cina ke rumah terbuka Yang Berhormat Encik Vincent Goh, Ahli Dewan Undangan Negeri N48 Lawatan kunjung mesra ini diadakan pada hari Jumaat, 4 Februari 2011 jam 9.00 pagi. Seramai 30 orang Ahli JKKK Fasa II serta keluarga telah menyertai lawatan kunjung mesra ini. Lawatan ini diketuai oleh pengerusi JKKK, Fasa II iaitu Encik Ismail bin Amir.Lawatan kunjung mesra rumah terbuka ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara penduduk kampung dengan wakil rakyat. Disamping itu, amalan kunjung mengunjung ini melambangkan keharmonian pelbagai lapisan masyarakat dalam semangat 1 Malaysia.Rombongan kami telah dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan. Sebelum pulang kami telah mengambil gambar kenangan bersama Yang Berhormat  Encik Vincent Goh. Rombongan kami bertolak pulang pada kira-kira pukul 11 pagi. Akhir kata, semoga amalan kunjung-mengunjungi  ini harus diteruskan dan sekaligus dapat  mengukuhkan lagi jalinan kemesraan 1 Malaysia.

"Ke Arah Insan Harmoni"
Di luar perkarangan rumah YB Encik Vincent Goh
Semangat 1 Malaysia 
Ketua Biro Pembangunan Belia & Hal Ehwal Wanita, Puan Hanipah Bakir 
turut serta ke Lawatan Kunjung Mesra sempena Tahun Baru Cina
Gambar Kenangan bersama Yb sebelum berangkat pulang