Kampung Bahagia Jaya ditubuhkan pada sekitar tahun 1982. Pada mulanya kampung ini hanyalah kawasan hutan yang belum diterokai dan dikenali sebagai Jalan Teku. Penduduk di Kampung Nyamuk yang kini dijadikan tapak loji shell diarahkan berpindah oleh kerajaan kerana tapak rumah mereka merupakan rizab kerajaan negeri. Maka beberapa orang penduduk Kampung Nyamuk telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk memohon tanah di Jalan Teku.
Akhirnya atas usaha dan keyakinan penduduk permohonan mereka diluluskan oleh kerajaan. Maka bermulalah kawasan baharu yang dikenali sebagai Kampung Bahagia Jaya. Pada awal pembukaannya kampung ini hanya didiami oleh empat buah keluarga iaitu keluarga Haji Jajol Basri, Ibrahim Barbo, Haji Wahid Sabri dan Osman Sabli. Penempatan ini dinamakan Kampung Bahagaia Jaya kerana rasa syukur penduduk setelah permohonan kawasan kediaman mereka diluluskan oleh kerajaan dan mereka Berjaya memiliki tanah sendiri secara sah. Semasa awal pembukaannya, kampung ini belum lagi mempunyai apa-apa kemudahan asas. Mereka menggunakan janakuasa, jalan tidak berturap dan hanya mendapatkan sumber air dari telaga yang digali. Kini jumlah keluarga di kampung semakin bertambah.
Sumber: Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti Teku
bila siap dibina
ReplyDelete