Kampung Bahagia Jaya, Teku terletak 13 km dari Bandar Sibu. Ia terletak di tebing Sungai Igan iaitu kira-kira 130 kmk dari Laut Cina Selatan. Kampung Bahagia Jaya, Teku merupakan salah satu skim penempatan semula yang telah diwujudkan pada tahun 1984. Kampung ini terbahagi kepada tiga fasa. Fasa satu bermula pada tahun 1984 dengan 165 lot perumahan. Pada 1988 pula, wujud fasa kedua dengan 352 lot dan dalam tahun 1991, fasa ketiga dengan sebanyak 603 lot diwujudkan. Kampung Bahagia Jaya dihuni oleh masyarakat Melayu, Melanau, Iban, Cina dan etnik lain. Walaupun penduduknya berbilang kaum, mereka boleh hidup dalam aman damai
Sumber: Pusat Perkhidmatan Dan Ilmu Komuniti Teku
No comments:
Post a Comment